Friday, March 21, 2014

Cinta Pada TUHAN

"Cinta Pada TUHAN"


Tuhan
Saat aku menyukai seorang teman
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir


Tuhan
Ketika aku merindui seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada yang rindu cinta sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi


Tuhan
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu


Tuhan
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu


Tuhan
Ketika aku ucap cinta pada-Mu
Biarlah kekatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu


Sebagaimana orang bijak bercakap
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya




Hasil Nukilan : Ahmad Ammar/Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Sumber : Buku : Ahmad Ammar "Satu Kematian Yang Hidup"

Bicara Kata : 
kisah syahid seorang anak muda
betapa beliau disanjung
atas ketekunan dan kegigihan beliau dalam berdakwah
semoga rohnya dicucuri rahmat

0 Bicara Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers