Friday, May 30, 2014

Woi Melayu!

woi melayu!


rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?


harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan raja, dok asyik kira daulat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!


woi melayu!


masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah menteri atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!


kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!


woi melayu!


konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar


kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil Nukilan : Facebook [Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad]
Bicara Kata :

ada betolnya
bila diacah isu tentang melayu
ramai yang melenting
melalak sana melalak sini

tapi hakikatnya
kita tak pernah sedar
dimana melayu sekarang
siapa yang menguasai segalanya

kita hanya berbangga dengan darah keturunan melayu
tapi kita lupa untuk memartabatkan melayu
jangan nanti melayu hilang didunia
baru kita kalut nak bangkit

renung-renungkanlah...

Saturday, April 26, 2014

Usah Lagi Bertanya

Usah Lagi Bertanya

Tak perlu gopoh mencuri jasadnya
Cukup sekadar meragut hatinya
Ku simpan rapi bagaikan ku punya
Moga kau paham usah lagi bertanya

Thursday, April 03, 2014

Kita Disini Mereka Disana

"Kita Disini Mereka Disana"


Kita disini dilanda kemelut kehilangan MH370
Mereka disana diuji hukuman zalim terhadap 529 mujahid 


Kita disini mengukir kesedihan atas kehilangan ghaib
Mereka disana mengukir kegembiraan untuk syahid bersama para mujahid


Kita disini mengerah angkatan terhebat untuk misi pencarian
Mereka disana ditindas regim-regim tidak berperikemanusiaan


Kita disini bersorak memaki kelekaan sistem kerajaan
Mereka disana berarak berjuang menentang kekejaman kerajaan


Kita disini lena dibuai mimpi menunggu khabaran semasa
Mereka disana terlelap diperjalanan tanpa alas menuntut hak sesama manusia


Kita disini masih mampu mengunyah makanan dalam kedukaan
Mereka disana berpantang menahan lapar dahaga tanpa bekalan makanan


Kita disini masih mampu berjalan berlari ketawa dijalanan
Mereka disana ditaburi butir-butir peluru jalanan yang tak mengenal rakan taulan


Kita disini kemas bersiulan menunjukkan kejantanan
Mereka disana sedia maju mempertahankan kedaulatan islam meskipun diakhiri kematian


Kita disini bangga menghantar aset-aset kapal darat udara laut untuk diguna pakai
Mereka disana sekadar bertemankan senaskah Al-Quran sebagai perisai


Kita disini bersedih tragedi yang menimpa pelbagai bangsa
Mereka disana terbukti semuanya islam kita punya saudara


Kita disini sibuk ramai yang bersimpati
Mereka disana pernahkah kita ambil peduli





Hasil Nukilan : Saiful Basri Abdullah / KotakMancis
Bicara Kata :
mereka pandai mengalihkan pandangan dunia
mereka sengaja menghukum disaat dunia sedang sibuk
mereka menghukum dengan satu kematian
sedangkan mereka telah membunuh beribu-ribu nyawa insan

mereka kejam
mereka keji
mereka menindas

ingatlah...
 pembalasan Allah itu sangat dasyat
mungkin terlepas didunia
tapi takkan terlepas diakhirat kelak

buat para mujahid
pemergian mu satu kehilangn besar
ingatlah...
disaat perginya seorang mujahid mengadap Ilahi
sejuta lagi umatnya bakal lahir kedunia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers