Monday, November 21, 2011

Dimana Dahulunya Disisi

-assalamualaikum-




seditik masa berlalu pergi
begitulah daku meniti hari
tanpa teman dahulu disisi
membuat daku terasa sepi


ku hayati dan ku renung
sering kelibat daku termenung
mencari sahabat dilaut digunung
sungguh tidak daku termurung


andai daku punya kuasa
akan ku undurkan sedikit masa
buat hatiku kembali merasa
saat indah ku kenang sentiasa


hatiku reput bagaikan kayu
siang dan malamku bagai layu
tiada teman kacak dan ayu
sering menghibur diriku yang sayu


lumrah alam hidup dipentas
tidak selalu dibawah dan diatas
harus teruskan hidup yang pantas
sebelum dugaan datang mencantas


duhai temanku jua sahabat
kiniku pergi berlainan tempat
takkan ku lupa dihati terpahat
kenangan kita sentiasa ku ingat



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / KotakMancis
Bicara Kata :

aq dedikasikan sajak merapu aq ni khas buat kawan2, sahabat2
DAT 1 - 6 A PoliMAS
tah knapa malam nie nak jiwang2 karang sajak
haishhh...


(klu nak jelas sila besarkan... right clik... "open new tab")


perkenalan selama 3 tahun
banyak mengubah idup aq
kawan2 paling sempoi penah aq kenal
banyak kenangan tercipta dengan depa semua


tetiba bila dah xkumpul sekali
aq rasa lain pulak
tambah2 bila aq dok sorng2 kat bumi UUM nie
kawan2 baru pon xseakrab kawan2 DAT dulu lagi
semua nie buat aq rasa kurang happy


huhuhuuu
apa pasai dgn aq malam nie haaaaaaaaaaaa???
k lah... orang lain sibuk bersorak pasai bola
aq sibuk menaip sajak jiwang
hahhahahahhaa


k, bye...
wassalam
adiosss... amiosss...

0 Bicara Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers