Saturday, March 17, 2012

Bila Cinta

-assalamualaikum-




mula bercinta

pakat berkepit macam belangkas
hantar surat berbelas-belas
SMS berbalas-balas
masa dating sebelah tandas 
berpeluk-peluk dalam bas
asyik menjeling dalam kelas
minum air perghh... kongsi segelas





bila ada konflik 

haa... mula la nak frust
nak tunai solat pun malas
tak dapat tumpu study dalam kelas
waktu result nak keluar tahu pulak cemas
takut... exam tak pass
tup tup awek sendiri kena kebas
kesian... kan dah melepas





sebaiknya

jadilah couple yang ada class
berdating ikut lunas
bergaul ada batas
jaga maruah dengan tegas
syariah dijaga dengan jelas
tutur kata sentiasa beralas
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas
janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas




Hasil Nukilan : Sumber dari MukaBuku
Bicara Kata :
cinta bukan pada c0uple
cinta bukan pada "I LOVE Y0U"
cinta tidak terletak pada "I MISS Y0U"
Itu semuanya cinta nafsu
cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijabqabul dilafazkan
ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah
satukanlah cinta kerana Allah


wassalam 
adiosss... amiosss

Thursday, March 15, 2012

Susun Tutur Katamu

-assalamualaikum-




tersusun rapi pitah berbicara
teratur lontaran suara muda
kala bertutur kenakan cara
baru disanjung segenap persada


pesanan orang dahulu kala 
jaga adab jua bahasa
riak berbicara membawa petala
kerana mulut santan binasa 


duhai saudari duhai saudara
hidup bukan sehari dua
gunakan akal bila bersuara
tak kira masa dimana jua


menabur fitnah setiap hari 
bertekak menegak benang yang basah
usah kita bertunding jari 
ingat nanti hidupmu resah


matang fikiran tegas pendirian
madah bukan bercabang lidah
kata-kata ditutur penuh pesanan
berkat hidup sambil beribadah


bisanya mulut meluahkan kata
tanpa diusul tanpa diperiksa
usah dicaci membabi buta
kelak hidupmu bakal tersiksa


kata diukir penuh madah
tidak sekali berpaling arah
mencari sahabat bukannya mudah
jangan kata-kata menjadi pemisah


tarik benang dalam tepung
benang tak putus tepung tak terabur
berkata baik jangan berbohong
jangan jadi manusia takbur




Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / KotakMancis
Bicara Kata : 
kita hidup nie penuh dengaq cabaran & dugaan
banyak sngat la nie orang berkata2 tanpa berfikir
selalu sngat kita tengok orang bertikam lidah
saling mengata sesama sendiri
apa motif kita sebenarnya
kita hanya mampu bercakap besaq
kita hanya mampu meluahkan kata2
tapi pernahkah kita cuba untuk berada ditempat orang tu
semua orang ada tanggungjawab tersendiri
tak kira kat mana pon kita
sudah tersurat segala tugas2 kita
jadi biar kita selesaikan dulu tugas sendiri 
baru nak sibukkan diri dengan hal orang lain
kalau kita nak jadi pengkritik
jadilah pengkritik yang matang
luahkan pendapat biaq sama2 dapat manfaat
bukan dok cemuh orang bagi jatuh
tu la kelemahan kita orang melayu
xpenah nak bantu sesama kaum
pakat nak menjatuh tambah ada laaa
sampai bila kita nak hidup macam nie???

p/s : aq taip nie sebagai pesanan buat diri aq dan sahabat2 yang aq sayang... serta semua orang yang rasa pesanan aq nie ada faedahnya... 

wassalam
adiosss... amiosss...


Monday, January 30, 2012

Ku Cari Damai Abadi



Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya


Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya


Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya


Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie


Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari panduan


Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari pedoman


Aku hidup kerana Dia Rabbi


Dialah teman 
Dialah wali
Dia mencukupi


Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi




Hasil Nukilan : Tun Abdullah Ahmad Badawi
Sumber : Antologi Puisi Patriotik (2005)
Bicara Kata : 
puisi nie diolah oleh Tun Abdullah 
untuk malam Perta Puisi Patriotik ke-5 pda tahun 2004
walaupon pendek n ringkas
tapi padat dengan maksud yang tersirat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers