Thursday, February 27, 2014

Pesan Pada HATI

"Pesan Pada HATI"


Hati…
Hati-hati memberi hati
Jangan nanti kau tersalah menyayangi
Tak guna linangan air mata bila kau menyesali
Segalanya akan berakhir tanpa kau sedari


Hati…
Jika pelengkap hatimu telah kau temui
Jagalah ia sebagaimana engkau menjaga diri
Belailah ia dengan penuh kasih sayang dari hati
Jadikan dia permaisuri yang cantik pekerti


Hati…
Jangan pernah memungkiri janji
Jangan juga engkau suka membohongi
Apa gunanya kata-kata manis engkau taburi
Disaat engkau sendiri tahu kemampuan diri


Hati…
Jangan engkau terlalu mudah mempercayai
Kerana dunia sekarang banyak ranjau duri
Ada saja yang akan datang mencemburi
Atas kelebihan dan kekuatan yang engkau miliki


Hati…
Jika engkau tidak mampu untuk memiliki
Jangan pula engkau cuba untuk menyakiti
Sesungguhnya jodohmu telah dirancang rapi
Mungkin masanya belum menghampiri





Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / KotakMancis

Bicara Kata :

hati adakalanya mudah untuk difahami
ada tikanya susah untuk diselami
apa jua liku pahit getir hidup
harungi dengan tabah...

hati hati...

hati itu sensitif
hati itu subjektif
hati itu rapuh
hati itu suci

belai hati dengan naluri
elakkan hati menghantui diri

Tuesday, February 18, 2014

Si Pencuri

pencuri

kau
kau mencuri
kau curi hatiku

kau
kau tak sedar
apa yang telah kau curi

kau
ajarkan aku mencuri
inginku curi hatimu jua




Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / KotakMancis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers

Pengajianku Di UUM

Daisypath Graduation tickers