Monday, January 30, 2012

Ku Cari Damai Abadi



Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya


Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya


Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya


Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie


Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari panduan


Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari pedoman


Aku hidup kerana Dia Rabbi


Dialah teman 
Dialah wali
Dia mencukupi


Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi




Hasil Nukilan : Tun Abdullah Ahmad Badawi
Sumber : Antologi Puisi Patriotik (2005)
Bicara Kata : 
puisi nie diolah oleh Tun Abdullah 
untuk malam Perta Puisi Patriotik ke-5 pda tahun 2004
walaupon pendek n ringkas
tapi padat dengan maksud yang tersirat...

Thursday, January 12, 2012

Aku Kosong... Celik... & Sedar...

-assalamualaikum-




aku...
kosong... kosong... kosong...


itu yang dapat aq ungkapkan dikala ini
disaat aku tercari-cari haluan hidup
tanpa bekalan yang cukup
aku terus tercari-cari 


ku jejak kakiku dibumi ini
dengan seribu harapan menggunung
daku pertaruhkan segenab jiwa dan raga
daku korbankan hiburan masa dunia


berkali-kali daku tersungkur
berkali-kali daku rebah
namun semangat ini pantang mengalah
tetap ku langkah mengisi ilmu didada


kini...
aku...
celik... celik... celik...


aku terus berusaha menerangi kekosongan,
kegelapan, kebutaan yang terkandung didada
hari demi hari daku belayar
diajar mengemudi haluan hidup


suka duka mengajar daku erti sebenar perjuangan
ketabahan hati kusimpul erat kusimpul mati
agar diriku tidak terpesong haluan
demi menghala satu arah satu tujuan


segalanya kusimpan kusematkan didada
akan aku teruskan apa ku mampu
akan aku laksanakan apa tanggungjawabku
sehingga diriku tidak lagi termampu


kini...
daku...
sedar... sedar... sedar...


perjuangan ini bukan mainan dewasa
rentetan hidup bukan bermadah sakti
semuanya perlu diukir perlu dicari
bukan seperti bola golek bertandang kemari


hati harus kental jiwa harus teguh
duniawi kini bukan calang calang
saingan hidup penuh halangan cabaran
teruskan maju walaupun getir


kaut segala apa yang diberi
gunakan segala apa yang dipelajari
keluarkan semua apa yang dimiliki
tunjukkan semua apa yang diperolehi


semoga hidup terus berBUDI




Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / KotakMancis
Bicara Kata : 
saja2 tengah nak melupakan semua keperitan final exam
sooo... dah MERDEKA tok sem nie
habis final ja aq terus karang sajak merapu nie
semoga semua terhibur 
n dapat faham aq aq nak sampaikan daripada sajak tu 

k...
tu ja tok kali nie
wassalam
adiosss... amiosss...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers