Tuesday, December 20, 2011

Kekosongan Hati

-assalamualaikum-




disaat hatiku terasa kekosongan
dihadap keresahan jiwa yang berpanjangan
apakah harus aq ungkapkan
buat menggamit tirai kenangan


tercari-cari tidak ketemu
kisah diantara kau dan aku
bagai menusuk didalam kalbu
disaat gelora menikam jantungku


setiap detik yang ku rakam
perjalanan hidupku yang suram
buat tontonan ketika malam
agar memoriku tidak terkaram


wahai simanis pujaan pujangga
kemana kau pergi tanpa berita
bikin hati meronta-ronta
menanti dikau setiap masa


kekosongan itu kekal dihati
bagai tiada sinar, datang menyeri
harus menggapai apaku hajati
walau pahit akan ku hadapi



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / KotakMancis
Bicara Kata : 
badan rasa xbermaya ja... 
mula la nak jadi waya...
dok karang natang pelik2....
hahhahhaaa..
harap2 aq bertahan sampai tengah bulan 1 nie
xnak la sakit2 time2 nak exam nie
haishhh...


-wassalam-

Monday, December 12, 2011

Pantun Aurat

-assalamualaikum-


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


yang perempuan pakai mini sekerat
suka pakai baju ketat
suka pulak menunjukkan pusat
hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
pakai pulak yang sendat-sendat
kadang-kadang sampai nampak yang tersirat
tak kira bujur, tak kira bulat
bila dah macam tu, sapa lihat pasti tercegat
bila dah tercegat, silap gaya jadi gawat




bohsia bohjan lagi dahsyat
duduk jauh berkirim surat
bila berjumpa tangan berjabat
kemudian pakat lawan peluk erat-erat
masa tu nafas naik tersekat-sekat
usah dipedulilah agama dan adat
usah ditakuti Allah dan malaikat
apa yang penting apa kita nak buat, kita buat




akhirnya, bila dah buat, perut yang kempis jadi bulat
maka tunggulah lahirnya anak-anak yang tak cukup sifat
maka jam tu kita tengok, bayi dibuang dimerata tempat
maknanya ketika itu iblis mula melompat
bila iblis mula melompat
iblis kata apa? "habis manusia dah masuk jerat"
"habis manusia telah tersesat"
inilah dia fenomena masyarakat




oleh itu, wahai saudara saudari dan para sahabat
marilah kita pakat mengingat
bahawa dunia hari ini makin singkat
esok atau lusa kita mungkin menghadapi hari KIAMAT
sampailah masa kita semua akan berangkat
berangkat menuju negara akhirat
disana kita akan ditanya apa yang kita buat
masa itu, sendiri mau ingat


umur mu banyak mana mu buat ibadat?
zaman muda mu apa telah mu buat?
harta benda anta, dari mana anta dapat?
ilmu anda, adakah anda manafaat?
semoga ia dapat mengingatkan kita supaya meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat




dan... banyakkan BERTAUBAT

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hasil Nukilan : Ustaz Akhil Hayy
Bicara Kata :

pertamanya...
pantun ni aq karang balik sebab
untuk penghayatan kita semua
fenomena yang sering kali kita lihat
bahkan tiap2 hari
sampai mata nie dah naek lebam
haishhh


remaja sekarang dah semakin alpa
tewas menurut hasutan hawa nafsu
mengejar keseronokan duniawi
xpeduli lagi halal haram


aq harap kita generasi yang ada nie
teruskanlah memperjuangkan hak kita sebagai orang Islam
janganlah nak meniru sangat gaya orang2 barat tu semua
xsesuai dengan amalan kita
ingatlah... kita nak hidup kat dunia nie
bukan untuk sehari dua...
tapi sepanjang hayat...
selagi dikurniakan nikmat untuk hidup


wassalam
adiosss... amiosss...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers