Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin

Tanah digali buat perigi
Perigi terletak ditepi sawah
Sebulan ramadhan berlalu pergi
Datang syawal penuh meriah


Tuai tebu dikawasan ladang
Untuk dibawa kepasar kota
Jauh dan dekat datang bertandang
Maaf bermaafan sesama kita


Malam raya kita berdansa
Adik abang segak bergaya
Sebulan sudah kita berpuasa
Kini aidilfitri kita beraya


Isi beras kedalam guni
Untuk juadah anak dan isteri
Bunyi mercun disana sini
Tanda kemeriahan di aidilfitri




Naik kereta pulang ke negeri
Kuih raya sudah dibeli
Datuk nenek berseri-seri
Anak cucu telah kembali


Makan ketupat dipagi hari
Rendang didapur jangan dilupa
Seronok beraya sepanjang hari
Yang miskin jangan kita lupa


Indah malam dengan cahaya
Menerangi kegelapan alam sentosa
Merdu kedengaran takbir raya
Memuji kebesaran yang maha esa


Anak muda gagah perkasa
Pergi memancing didalam paya
Memandu kereta pulang kedesa
Sentiasa berkhemah dijalan raya


Sepuluh jari kususun rapi
Memohon keampunan saudara saudari
Segala silap harap dimaafi
Semoga ikatan kekal abadi


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / kotak mancis
Bicara Kata : disini aq dgn rasa rendah diri ingin mengucapkan

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
&
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


diharapkan korang semua dapat maafkan aq
lepas nie kira 0 = 0 la nooo
hari raya nanti jangan lupa singgah umah aq

Wednesday, August 10, 2011

31 Ogos... Merdeka!!!



31 ogos 1957...
tarikh keramat tanah melayu
terlepas dari tangan penjajah
membentuk negara berbilang bangsa

merdeka..merdeka..merdeka!!!

laungan kebebasan rakyatnya
tanpa mengira kaum dan ugama
sama-sama mengeluarkan suara
meraikan hari kemenangan

pemimpin negara berdiri gah
mengibarkan bendera tanah melayu
sebagai identiti Negara Malaysia
bakal disanjung serata dunia

kini...

31 ogos 2010...
tarikh ini muncul lagi
membawa sinar kebebasan
bersama azam yang baru




malang... malang & malang!!!

kebebasan ini disalah erti
apa kata mereka...
MERDEKA???
itulah kebebasan...

kebebasan??? ...ya...

kebebasan untuk melakukan apa saja
kebebasan bersosial
kebebasan berpoya-poya
kebebasan segala-galanya

lihat...

betapa alpanya kita
cuba kita lihat dijalanan
berapa banyak kereta mengibarkan bendera
berapa ramai rakyatnya bercakap tentang merdeka

kita gagal...
kita gagal menterjemahkan
erti kemerdekaan yang sebenar
kita alpa dengan arus kemodenan




ingatkah kita?

tanah ini tanah kita
negara ini negara kita
kenapa harus ada persengketaan antara kita
kemana hubungan muhibah rakyatnya

kini tidak nampak lagi
semuanya telah berubah
kenapa jadi begini???
haruskah ianya terjadi

sedarlah...

kita adalah pewaris
kita adalah warga Malaysia
kita adalah saudara
kita mampu mengubah semua ini

kembalikan kesejahteraan
hargailah pengorbanan pahlawan kita
yang bekorban demi melihat anak bangsanya berjaya
bersama kita laungkan kemerdekaan

MERDEKA!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / kotak mancis
Bicara Kata : Sajak nie aq karang untuk sambut merdeka tahun lepas... saja aq post balik tok sambutan kemerdekaan tahun nie... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54....

Tuesday, August 02, 2011

Salam Ramadhan



terkujur tubuh hatinya tenang
menanti tiba alunan azan
sayu berkumandang dikeheningan petang
menyambut ramadhan penuh kesyukuran

terang cahaya tidak bersuluh
bagai siang diwaktu malam
syaaban berlalu usah dikeluh
ramadhan tiba mengisi alam

setahun sudah meniti hari
kini ramadhan menjelma kembali
mengharapkan sinar terang menerangi
kegelapan hati yang diselubungi

bulan dinanti telah tiba
mari dihayati kita semua
jangan lupa pahala ditimba
buat bekalan dihari muka

puasa dimulut jua dihati
cuba hindari dari bertelingkah
sama-sama kita ingat-mengingati
semoga ramadhan mendapat barakah

kini hari berganti hari
berbekalkan kesabaran menjalani puasa
mengharap sinar menerangi diri
sebelum syawal mengambil masa




Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH / kotak mancis
Bicara Kata : semalat menyambut ramadhan al-mubarak... semoga hari2 anda dipenuhi cahaya keberkatan... hiasi hari anda dgn amalan2 yang membawa keredaan-NYA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers