Thursday, June 23, 2011

Insan Bergelar Hawa



Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat



Hasil Nukilan : Copy atas Copy... lalalallaaaa (sumber : sini)
Bicara Kata : pantun diatas dikongsi bukan bertujuan untuk menyindir kaum hawa... hanyalah sekadar pesanan buat kaum sesama Islam... selamat beramal

Sunday, June 19, 2011

Oh! Ayahku

Oh! ayah...


takkan pernah terbalas olehku
segala pengorbananmu selama hidupku
penat lelahmu membesarkan kami
tanpa sedikit keluhan mengharung kesusahan


kini daku sedar
jasamu tidak ternilai
takkan mampu dibayar jutaan wang
begitu besar jasamu pada kami anak-anakmu


ayahku...


kini sudah 20 tahun daku bersamamu
begitu cepat masa berlalu
tapi kasih sayangmu tetap jitu
tak pernah kurang walaupon sedetik waktu




segala curahan kasihmu
segala teguran dan marahmu
akan ku ingat segala pesanmu
daku faham semuanya kerna kasih sayangmu


Oh! ayahku...


setiap kali wajahmu ku tatap
bagai tersentuh rasa hatiku
mengenang segala penat lelahmu
siang malam membanting tulang


bagimu kegembiraan kami kebahagiaanmu
tiada seindah kata dapat ku ucapkan
hanya satu bagiku
daku sayang padamu...


Hasil Nukilan : SAIFUL BASRI ABDULLAH @ kotak mancis
Bicara Kata : daku tujukan khas buat ayahanda tercinta ABDULLAH YAAKOB dan semua ayah2 didunia yang bnyak berkorban membanting tulang 4 kerat bagi membesarkan kita... hanya secebis kata dapat ku ucapkan padamu ayah di hari bapa ini... SELAMAT HARI BAPA.. sayang ayah....

Sunday, June 12, 2011

Bicara Kata



Kepada sahabat
Yang tak pernah bersuara
tidak bererti dangkal ilmunya
seperti ubi,diam-diam berisi


Yang mahir berkata-kata
tidak semesti tinggi ilmunya
seperti gendang kosong,
sana-sini boleh kelentong





Yang tahu membezakan
antara kaca dengan intan
dialah yang layak digelar siswazah
walau tiada kelulusan ijazah


Yang hanyut di arus puji
hanya tampil kerana nama
sering terbawa resmi ayam
bertelur sebiji, riuh sekampung





Yang sedar pada kebenaran
tidak mengharap sebarang sanjungan
malah meniru resmi penyu
telur beratus,tidak gembar-gembur


Yang hanya tahu mengata
sebenarnya iri hati
atau mungkin terlupa
akan kekurangan diri





Yang gemar memberi nasihat
perangai sendiri masih berkarat,
Lihat ke dalam Cermin Diri
usah menjadi Lebai Ketayap!


Dan yang sentiasa bersikap sinis
menganggap orang lain pula hipokrit
sudahkah meninjau diri sendiri
Yang nyata,kita semua sama, tiada yang sempurna!




Hasil Nukilan : Sumber Facebook
Bicara Kata : Dalam menilai seseorang kita kena tengok dari segi dalaman dan luaran... jngan cepat menilai seseorang hanya pada paras rupa...

Monday, June 06, 2011

Pantun Sebelum Tidur



Kalau hendak ke rumah Milah,
Ambilkan saya bunga Melati,
Kalau hendak tidur tidurlah,
Biar saya hiburkan hati.

Duduk bersila sambil bertutur,
Menyambut Baba datang melawat,
Letakkan kepala di bantal tidur,
Menghadap kiblat mulalah berselawat.




Pergi berjalan ke Bota Kanan,
Bawa pulang buah berangan,
Ikutlah sunah Nabi Junjungan,
Tidur mengiring di lambung kanan,

Bawa Lekir pergi ke pasar,
Membeli buah meminjam sikat,
Mulut berzikir serta istighfar,
Mengingati Allah biar selamat.




Ke Pengkalan Datu membuat atap,
Membeli tauhu mencari kail,
Tidur itu mati sekejap,
Manalah tahu diambil Izrail.

Jari menunjuk si mulut gagap,
Mahu bercakap walau tersekat,
Pohonlah petunjuk sebelum terlelap,
Biar Lailahaillallah pengakhir kalimat.




Mahu pergi ke Pantai Barat,
Mengidam sup beserta kebab,
Jika mati selamat di akhirat,
Jika hidup meneruskan tanggungjawab.



Hasil Nukilan : Sumber Facebook
Bicara Kata : Kepada sahabat2 ku yang terpilih gambarnya ketika tidor... hamba minta ampun minta maaf... hheheehehheheee... sekadar penyeri jeeee...

Friday, June 03, 2011

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa




Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Hasil Nukilan : Tun Dr. Mahathir Mohammad
Bicara Kata : sajak yang penuh dgn mesej berguna kepada kita anak2 Malaysia... sampai bila kita mahu alpa dikerumuni dgn nafsu yang tiada penghujungnya... bangunlah wahai anak Malaysia...

Wednesday, June 01, 2011

Ungkapan Cinta



Jika dirimu mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...

Jika dia kembali,
dialah milikmu sejati...

Jika dia tidak kembali,
dia bukanlah jodohmu...



Hasil Nukilan : Facebook
Bicara Kata : Terasa kesunyian dikala malam melabuhkan tirai2 lamunan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan Blog Aku

Daisypath Friendship tickers